Wednesday, June 16, 2010

Nokia E72 & Nokia E71 for sale!



NOKIA E71 - RM 850






NOKIA E72 - RM 950




aamal jual barang! yuhuuu~ okey la, nie antara promosi yang tengah murah skang nak jual. semua nie BRAND NEW okey. ape yg korang tengok dalam gambar tu, itu lah korang akan dapat bile beli nanti. saya tak suka tipu orang, sebab tak baik menipu kan. hehe. bile beli mesti dapat fullset n etc sume. biase yg korang tengok kat kedai, itu lah korang akan dapat kalau beli dengan aku. jadi, mari mari, selagi stok masih ade. ngegege~!




p/s: handphone lain pon ade, just namakan phone ape korang nak. harga boleh nego. semua leh nego.

mari mari mari!














okey, ni antara hasil kerja kuselama menjadi photographer bebas dalam dunia nie. takde la cantik sangat kalau nak bandingkan dengan yang pro, tapi aku tgh belajar lagi untuk menaik tarafkan karya aku.



ouh ya, aku juga ade buat banyak perkhidmatan lain seperti web designing, graphic designing, event management, videography n of cus la photography. tak kira ape sahaja event atau acara yang ditawarkan, insyaallah saya akan memenuhi kehendak anda semua :)


hubungi saya ditalian 017 6532572 atau email kpd aamal_farah@yahoo.com.
harga semua berpatutan . jangan risau!




zs aamal photography


Tuesday, June 15, 2010

tiru!

ok kali nie tajuk aku sgt tepat dgn ape yang aku nk cite. ( dengan nada agak panas )




kisah 1 :
ade la satu manusia nie, aku sangat kenal die. bukan aku je kenal die, malahan seluruh keluarga aku. ade satu prangai die yg buat aku mcm kaget! i mean terkejut. kenapa die suke copy paste n tiru ape saje yg berkaitan dengan family aku. yeah, aku serious bila berkata-kata. semua benda hampir sama. bila kite tegur, die cakap die tak tahu. padahal last week baru datang rumah aku puji bunga cantik, tengok2 bila g rumah die... eh, same lak dengan rumah aku. bukan setakat bunga, kerusi, dinding, perhiasan.... isk banyak la...malahan rantai yang die pakai pon boleh sama dengan mama. ape semua nie???? hari tu family aku celebrate birthday aku n najmi kat port klang. tibe2, die pulak g upload gamba celebrate birthday kat somewhere la tapi with the same dishes. OMG! whats wrong with u???? dah la suke kritik n underestimate orang. ouh pls!


pengajaran : aku cuba menerima semua nie dengan positive dengan memikirkan ko mmg admire dengan ape sahaja family aku buat dan hal2 berkaitan. tapi pls la, tak perlu nak show off kalau ko rase ko copy paste orang punya identiti :) yes, aku mungkin akan jumpe ko esok atau lusa atau bila2, dan aku akan buat muka fake aku kononnya aku n family aku xtaw sume ini... hahaha fake aamal!






kisah 2 :
sorang lagi manusia... wahhh kemain die kan, aku add die kat fb bukan nak approve pon. okey fine aku tak kisah pon. tapi, aku terjumpe la blog die... aku bace sume entry die... n hati ku berbisik...' mcm ayat aku je'... yes, its true okey! the way die tulis pon sama mcm blog aku. ayat die, penggunaan bahasa die... wah nie bikin panas nie...then hari nie aku saje je la melawat blog die yg hampir sama dgn aku tu...danngg!!!! sentap hati i nyah... OMG!OMG!OMG! agak-agak la weh, tak kan ko nye layout pon nak sama dengan aku!!!! n tulisan ko pon!!! perlu ke buat background hitam n tulisan warna warni!!!!! shit! btw, u'r my fren. kite penah close dulu. but pls, kalau ko rindu aku pon, jgn la obvious sgt! haha


pengajaran : hah nie lagi satu. aku xtaw nak cakap mcm ne. kesian pon ade. aku tau ko bace blog aku. jgn ingat aku xtaw. ko stalk aku dimana2 shj dlm alam maya nie. n ko tiru kononnya aku xtaw la? okey congrats sebab berjaya tiru aku nye blog even ko nak coverline la? kalau dah minat aku tu , cakap je la. hehe




  • fikiran positive . tak sangka orang jadikan kita mcm mentor die kan... at least kite nie dicontohi oleh orang2 mcm dorang nie



  • fikiran negative . weh! get a life please!!! berambus dalam meniru aku!!! kalau minat, datang la depan aku n cakap ' cik aamal, i minat kat u' . paham tak? carilah identiti diri sendiri. just b urself!




okey bye. puas hati i akhirnya dapat tulis.
i tulis bukan dalam nada marah, tapi geram sikit.

Tuesday, June 8, 2010

riadah

  • haha. biase la aku nye tajuk mesti xde kaitan langsung dgn isi kandungan cite. hurm well aku dh lame tak update blog nie sbb aku malas plus busy.

okey, now najmi dah balik. so he will be around dalam sebulan mcm tu. soo, dalam sebulan nie aku kena siapkan hal wedding aku. sebab nanti najmi balik pulak time sebulan before wedding ( mungkin? ) . so, i'm quite busy sane sini plus my cousin getting married next week. soo, as a pengapit of cus la aku kena sibuk kan diri aku kan :)


orait, this week whole family saat's akan bertolak ke penang. hey ho! i'm so excited okey! hehe! but najmi tak pergi penang this time bcus die nak g kedah dengan family die. okey bye bye yang! hehe



otak this month sangat penuh sebab itu ini hal wedding. baju la, pelamin la, tailoring la. ahhhh~! tapi, dont worry dengan teknologi yang ade, aku key in sume benda yang aku patot buat everyday! yes, everyday n every minute. heee.



ouh ya! 7th june hari tu my 22nd birthday. hehe. yeah, tahun akan jadi tahun terakhir aku sebagai seorang anak dara mama. lepas ini tidak lagi! haha. ok, aku excited nak kahwen, tapi takot gile!!! ouh ya, aku next week akan curi masa skit tok pergi khusus kahwen dengan najmi kat damansara. pasal tempat kursus pon kami meeting lama gile, sebab both of us sangat memilih takot boring nak tidur n tempat tu xyah la nak serious2 sgt kan. hehe. so, aku dapat find out satu tempat yang top, so damansara la nanti ye.


ouh, my frens yang duduk kat oversea pon akan balik this month. adelin, nass, wani g n laily. waaaa. tak sabar nak jumpe. tapi for now, adelin sorang je yg dah sampai kt kl :)



okey la, gtg. will continue later. till then, bye!
okey la, i nak cepat nie. till then, bye bye!

Thursday, April 15, 2010

memory full

aku patut bangga dengan diri aku. orang cakap aku nie seorang yang sentiasa mendengar dan bersedia mendengar masalah orang. mcm good listener la. yah, aku pon rasa mcm tu. aku akan sabar dan senyum mendengar setiap luahan manusia yang datang mendapatkan aku. yeah, mungkin aku adalah tabung cerita bagi mereka. mungkin. setiap hari, tidak kira dimana aku berada. dan sebenarnya aku sangat suka menjadi begini. mungkin, tuhan memberikan aku satu keistimewaan dimana orang selesa berbual bersama ku dan meluahkan perasaan. jika rakan ku mengalami masalah dan mencari aku, aku akan usaha untuk berada di sisi mereka sehingga mereka kembali stabil. kata-kata nasihat dan semangat yang aku berikan, mereka menggunakanya. adakah itu satu tanda istimewa untuk diri aku? aku tidak kisah aku berlari pergi menyelamatkan rakan ku dalam kesusahan di hujung dunia. aku tidak kisah mendengar masalah mereka walau aku ketika itu sedang demam atau sakit kepala. bagi aku, itu lah kegunaan aku dalam persahabatan. otak aku , atau external hard disk yang ada kini mungkin sudah penuh dengan file-file rakan-rakan aku. sampaikan satu tahap, mereka menyarankan aku untuk menjadi seorang kaunselor, bukan penulis skrip drama atau pengurus produksi.


namun kadang-kadang aku terfikir, ketika aku dalam kesusahan mereka semua ada tak disisi aku untuk mendengar masalah aku? sanggupkah mereka lari dalam hujan untuk memeluk aku ketika aku nangis di dalam kereta? maaf, aku tidak mempunyai jawapan untuk semua itu. aku tidak ada jawapan untuk soalan objektif seperti ini. namun, aku hanya berdoa agar walaupun tidak ramai, at least ade la seorang mahupun 2 orang ada disamping aku untuk mendengar pula masalah yang terbuku di hati. syukur, aku adalah insan yang agak tidak suka meluahkan perasaan aku kepada orang lain. aku lebih senang bercerita dengan diri aku sendiri dan berfikir untuk masalah diri aku sendiri. aku tidak suka menyusahkan orang lain dengan mendengar bebanan masalah aku. kesian mereka. aku sudah cukup matang untuk memikirkannya. mungkin, mama adalah pendengar yg setia bagi ku. aku tidak ada sesiapa yang aku percaya akan menyimpan seribu satu cerita tentang kehidupan ku. yes, mama adalah tabung cerita aku. katakan apa saja tentang hidup aku, mama pasti akan tahu.


sekarang, aku keseorangan. mengurungkan diri aku di dalam pejabat. aku perlu duduk seorang. bukan kerana aku psyco or what. but aku hanya minta masa untuk bersendirian seketika. tanpa diganggu oleh sesiapa. cukuplah migrain yg aku pikul selama nie. migrain sebab memikul masalah rakan, bukan masalah sendiri. bukan mengungkit, cuma aku sedikit letih. letih dan letih. aku perlukan rehat untuk fikirkan tentang diri aku.


mama, pls help me. i can't stand this anymore. pls mama.







Tuesday, April 6, 2010

sarang labah-labah

hey. i kat office now. as usual la kan, bosan tahap gaban lama-lama aku akan kena pakai spec cus hari-hari ngadap laptop je non-stop. gile kan? n i rase lama-lama i tak kan taw kat luar ade sheila majid tunggu aku kat bawah bawak MCD for lunch tok aku atau hujan duit ke, sebab busy yang amat like oh my god! haha.


n last week aku tak balik rawang pon. sebab ade komitmen lain yg aku tak boleh balik rumah. hurm this week wajib balik sebab rumah i ade kenduri n i taknak hantar baju kat dobby lagi sebab baju i jadi panas ( wth? ) . okey, mmg alasan kukuh sebab i nak blik rumah i n berdansa dirumah dgn mama n papa. omg! i miss them soo much! n also my abang aliff n adik aqeel yang dua-dua dah boleh peluk cium aku kembali. hehe.


act aku tak taw nak tulis pe tok entry nie. just untuk menghilang bosan n bila boss nampak aku ngadap laptop sambil menaip non - stop die akan kuar kan dialog ' wah baguih aamal. naik gaji elaun lebih ' . haha. ouh ya, cakap pasal keje. aku agak sedih act sebab sejak last 2 weeks ade ramai orang called aku offer kerja. hurm okey itu super happy ok. jap nak share job yg aku dpt :

  • i dapat offer from someone untuk follow promosi filem 'kecoh betul' this month - buat marketing
  • i dapat offer buat skrip - promo TV for radio era n radio-radio under astro
  • i dapat offer buat idea+skrip+asst director - tok terbitkan satu documentary pasal sebuah masjid kat kelantan n akan diusulkan terus kat FINAS
  • i dapat offer untuk jadi phorographer untuk satu magazine nie ( okey ni 1st time i bgtaw org ) . magazine ape nak taw? heee~ magazine kegemaran mama-iMPIANA
  • i dapat offer dari pengarah filem Puteri Gunung Ledang - Mr U-Wei yang menelefon aku sendiri untuk jadi asst production manager tok film baru die yang akan shooting next month - film HANYUT.


n i sangat sedih tahap baboon menonggeng gile bile aku terpaksa MENOLAK kesemua tawaran hebat dipasaran nie just bcus aku dah sign contract dgn Biforst Productions ini. hurm, okey sume senyap sebab i sedih yang amat! i nak masuk buat film lak sebab itu target i before i kahwin nanti at least i dah rase semua kerja. sebab i mcm dah nampak tanda- tanda i akan jadi surirumah lepas kahwin nanti. aaaaaaaaa~ okey i tahu i bodoh sebab tolak U-Wei mcm tu je. god! die yang call i sendiri ok! gila la aku nie. n now aku menyesal sikit. but ape-ape yang berlaku kt diri aku boss aku tahu cus aku cerita dengan die semua. die cakap boleh lepaskan aku, but memandangkan contract nie ade lagi 20 hari dari sekarang, die tak dapat buat ape-ape.

sekarang aku rase aku mcm orang bodoh yang telah membuat keputusan yang salah dalam hidup. but mama pesa, rezeki ade kat mana-mana. jangan down. tapi sumpah aku down dari last week lagi sebab offer dapat dalam satu mase n aku gune skrip yang sama dengan menolak dalam hati nangis sampai darah.


tolong, aku tibe-tibe blank tak tau nak tulis ape now sebab sedih.



ok bye.

Friday, March 19, 2010

tafakur

okey, i suke konpius kan orang dgn tajuk-tajuk yang nampak baik dan beriman.haha, sorry hanya tarikan pengunjung sahaja.

1st, now i sehat bahagia kerja kt office. biforst production anak syarikat biforst group. office nie kat seri kembangan. yah, jauh bukan. but its okey. best gak sbb nie tempat baru bagi aku. kat sini mcm too busy dgn proposal, idea,scripting,shooting,presentation n so on. hari-hari i dtg office kne thumb print mcm biasa.well, masuk office at 8.30am but bukan hari2 aku sampai pukul 8.30.kadang2 awal, kadang2 cepat.masuk office on laptop --> check email --> g makan --> sambung kerja. itu lah harian hidup ku kat office. pergh! satu kenikmatan kalau dapat keluar dr office jumpe orang ke, interview orang ke. well, nampak sgt aku xsuke kepam kan diri dalam office. kalau lunch hour tu akan menjadi slama 1 1/2 jam. wuuuhhuuU~ sorry boss. kami mmg mcm nie. boss selalu pesan, kene biasakan diri dgn dunia kerja. skang bukan mase kat kolej lagi.hurm, bukan hari2 kami ade shooting. mcm dalam sebulan ade la skali dua shooting.


ape2 pon, aku sehat dan bahagia kat company nie sebab aku berjaya pakai baju formal yg nampak kemas ala2 seorang peguam yang banyak kes kne settle lat makhamah jalan duta. sebab itu lah antara cita-cita aku gak ! heehe


every weekend aku akan balik rawang. jumpe mama n papa n adik n abang. then ahad aku balik rumah SK balik.hah, balik rawang untuk tidur je. no more lepaking dgn kawan2 now sbb takde masa langsung untuk restkan diri sendiri. jadual sgt ketat mcm muke ketat baboon jiran aku dan muke mr ramu bilik hujung sekali dalam floor aku. sape nk berkenalan dgn mr ramu? :P

okey, office nie best sebab majoriti melayu n india. but now orang IT pon dah pindah HQ , IT sah2 la cina kan. soo, office nie sgt satu malaysia. yuuhuuu~!semua baik2 n best, mr ramu pon baik dan macho. sape yg print lebey2, habis kne serang dgn mr ramu. isk2, sungguh tegas beliau :(


okey lah, i nak g jalan2 tempat orang lain. i bosan skit minggu nie sebab i tggu deck from mr raj tok transfer tape shooting last week kt melaka tu. n i kne start buat script tok VO. ouh ya, last week we all shooting kat homestay seri tanjung , masjid tanah melaka. best oooo~! i hitam now :)

bye, take care. hari nie i pakai baju hijau, kalu sape2 nampak wanita baju hijau dengan handbag hijau. tegur la , sebab die tak sombong pon.


Wednesday, March 3, 2010

ustazah

i just nak cakap yang i masih lagi ingat pesan ustazah i ;


"kite hidup nie jangan sombong n bongkak. nanti tuhan tarik balik ape yang kite ade"
( even time tu i xtaw ape itu bongkak ,haha)





so , jangan la kau sombong dengan aku. sebab nanti aku senyum je :D






bye! i nak sambung kerja




p/s:

sape2 yang dah ade iphone 3Gs or blackberry, jangan tunjuk-tunjuk depan aku. haha .sebab itu pon mcm nak menunjuk :P even i yang jeles nanti

Tuesday, February 23, 2010

okey, jangan marah i

almost 3 months tak de entry baru. .im soo sedih bcus nowdays xde mase langsung. berturut-turut busy nye since december last year lagi. hurm, what to do?


1st busy dgn FYP - jubah untuk ibu yang dibanggakan itu :) ahax! then VIVA FYP kat finas. .rest 2 hari before start keje i habis kan masa pegi PD dengan kwn2 kolej. balik dari PD, next day kene lapor diri dah kat biforst productions sdn bhd. dah la jauh, now my office kat seri kembangan! see, i told u. lokasi yang tak pernah terfikir langsung aku akan duduk. hurm now aku sihat di sini, plus aku dah sewe rumah. dekat je dgn office, so tak yah la ulang alik pagi2 buta lg. now i dah tak buta :P


okey, masuk je biforst. aku sgt2 busy sampai takde masa langsung untuk diri sendiri. sedih nye...tapi aku blaja byk bende, susah nye nak cari duit n kepam nye bile duduk dalam office je. boring taw! hari tu, kami ade shooting dokumentari rimba kenong n KTM. kirenya, dalam sekali jalan, 2 projek kami shoot. gile kan? tapi best yang amat! masuk hutan n mandi sungai tengah-tangah malam macam orang tak betul. tapi overall best la. thx to boss sebab bawak saya :)


tengok date hari nie, dah 23 feb. .omg! dah tak lame aku akan diri kan rumah yang bertangga-tangga2. . haha. .sangat cuak okey! sile doakan kebaikan yang akan datang untuk diri saya nanti. siapa yang nak doa jahat-jahat, better kamu g goreng cekodok bawah pokok. haha.



till then, bye n take care.



luv from aamal , who s still in office :P

Thursday, December 10, 2009

pantas lagi

hey! nah! asyik2 hey je,. .okey fine, assalamualaikum..... :)

tujuan buat entry nie adalah :

  • mokyu ( mak cik aku ) nak bukak blog aku neh
  • mokyu nak bukak, soo aku kne jadi insan baik skejap
  • mokyu nak bukak, soo kasi up sket la blog aku ( nampak di -update slalu )
  • mokyu nak bukak, soo satu pencapaian hebat bagi diri die sbb berjaya cari blog aku
  • mokyu nak bukak, soo nanti die akan kecoh kat kampung aku pasal aku
  • mokyu nak bukak, soo kasi die terkejut tgk aku boleh menulis dgn baik walau BM aku mse SPM dpt A1 je
  • mokyu nak bukak, soo nanti die akan gelak kuat2 dlm bilik sorang2 bile bace blog aku
  • mokyu cakap tadi ( aku call mokyu untuk wat panggilan hangit kat die ) suara aku lain, soo mungkin aku dah matang
  • konklusi perbincangan aku dan mokyu malam nie ialah ; 'TASTE AAMAL, TASTE MOKYU JUGAK'

okey, dijadikan cite. .tadi aku call mokyu yg berada di pasir mas, kelantan. .dah lame tak call die, soo pokpek panjang gile sampai aku pon xmandi lagi nie ( sekarang pon ). mokyu nie antara BFF aku dalam hidup nie la. .well, die aunty aku ; adik bongsu mama. .walaupun die makcik aku, tapi aku dgn die mcm BFF gile cus aku lagi besar dari die. .hah???! yeah! aku lagi besar dr die.hahaa. .

p/s: mokyu, toksoh dok suko banyok la weh dale bilik tuh.. hahaha. .peace! gua sayang lu!
 
template by suckmylolly.com