Thursday, April 15, 2010

memory full

aku patut bangga dengan diri aku. orang cakap aku nie seorang yang sentiasa mendengar dan bersedia mendengar masalah orang. mcm good listener la. yah, aku pon rasa mcm tu. aku akan sabar dan senyum mendengar setiap luahan manusia yang datang mendapatkan aku. yeah, mungkin aku adalah tabung cerita bagi mereka. mungkin. setiap hari, tidak kira dimana aku berada. dan sebenarnya aku sangat suka menjadi begini. mungkin, tuhan memberikan aku satu keistimewaan dimana orang selesa berbual bersama ku dan meluahkan perasaan. jika rakan ku mengalami masalah dan mencari aku, aku akan usaha untuk berada di sisi mereka sehingga mereka kembali stabil. kata-kata nasihat dan semangat yang aku berikan, mereka menggunakanya. adakah itu satu tanda istimewa untuk diri aku? aku tidak kisah aku berlari pergi menyelamatkan rakan ku dalam kesusahan di hujung dunia. aku tidak kisah mendengar masalah mereka walau aku ketika itu sedang demam atau sakit kepala. bagi aku, itu lah kegunaan aku dalam persahabatan. otak aku , atau external hard disk yang ada kini mungkin sudah penuh dengan file-file rakan-rakan aku. sampaikan satu tahap, mereka menyarankan aku untuk menjadi seorang kaunselor, bukan penulis skrip drama atau pengurus produksi.


namun kadang-kadang aku terfikir, ketika aku dalam kesusahan mereka semua ada tak disisi aku untuk mendengar masalah aku? sanggupkah mereka lari dalam hujan untuk memeluk aku ketika aku nangis di dalam kereta? maaf, aku tidak mempunyai jawapan untuk semua itu. aku tidak ada jawapan untuk soalan objektif seperti ini. namun, aku hanya berdoa agar walaupun tidak ramai, at least ade la seorang mahupun 2 orang ada disamping aku untuk mendengar pula masalah yang terbuku di hati. syukur, aku adalah insan yang agak tidak suka meluahkan perasaan aku kepada orang lain. aku lebih senang bercerita dengan diri aku sendiri dan berfikir untuk masalah diri aku sendiri. aku tidak suka menyusahkan orang lain dengan mendengar bebanan masalah aku. kesian mereka. aku sudah cukup matang untuk memikirkannya. mungkin, mama adalah pendengar yg setia bagi ku. aku tidak ada sesiapa yang aku percaya akan menyimpan seribu satu cerita tentang kehidupan ku. yes, mama adalah tabung cerita aku. katakan apa saja tentang hidup aku, mama pasti akan tahu.


sekarang, aku keseorangan. mengurungkan diri aku di dalam pejabat. aku perlu duduk seorang. bukan kerana aku psyco or what. but aku hanya minta masa untuk bersendirian seketika. tanpa diganggu oleh sesiapa. cukuplah migrain yg aku pikul selama nie. migrain sebab memikul masalah rakan, bukan masalah sendiri. bukan mengungkit, cuma aku sedikit letih. letih dan letih. aku perlukan rehat untuk fikirkan tentang diri aku.


mama, pls help me. i can't stand this anymore. pls mama.







2 comments:

  1. toteq.
    a listener needs another listener.
    tak payah cerita kat org yg asek nk kita dgr dia je. nnt kita rasa nk pukul dia sbb dia NOOB.=p

    ReplyDelete
  2. hahahaha! noob shit sume. haha. i pon busy okey. haha! go kak bet!

    ReplyDelete

 
template by suckmylolly.com